Hebat Semujadi & Selamat

Saturday, May 19, 2012

Biochemic Detox Untuk Jerawat

Tubuh kita sering diancam oleh pelbagai unsur negatif yang akan mengugat sistem pertahan tubuh sehingga menjadi "dis-ease" (disease). Organ yang sering diganggu gugat oleh toxin ialah : 

1. Hati 
2. Usus 
3. Buah pinggang 
4. Paru-paru 
5. Hempedu 

Organ paling penting ialah hati, merupakan organ paling "kuat bekerja" memproses membuang toksin yang terkumpul di dalam tubuh. Hati akan MENAPIS, MENYERAP dan MENYAHTOKSIK seperti sel, microorganism, bahan kimia, dadah dan serpihan-serpihan yang terdapat di dalam darah kita.  



  Seringkali hati akan dibebani dengan tugas yang amat berat. Diakibatkan oleh gaya hidup, diet yang tidak sihat, pencemaran, bahan toksik, dadah dan kimia yang terdapat di dalam makanan dan di persekitaran kita menjadikan hati sering gagal melakukan tugas dengan baik. Tanda awal yang boleh dikesan ialah terjadinya jerawat di muka. Kulit muka adalah kulit yang paling sensitif dan paling mudah bagi toksin untuk mencari jalan keluar.Toksin akan keluar sebagai jerawat atau pelbagai masalah kulit yang lain. Tidak hairanlah jika hanya disapu krim untuk mengawal jerawat, masalah tidak akan selesai dan jerawat akan tetap keluar selagi toksin yang terkumpul tidak disalur keluar (drainage)dari tubuh. 

Detox Biochemic 

Biochemic atau garam tisu mengikut kajian Dr Shuessler (pengasas Biochemic) adalah mewakili 12 mineral yang terdapat di dalam tubuh kita. Setiap satu dari remedi ini akan mewakili sel-sel yang terdapat dari otak sehinggalah ke kuku kita. Secara amnya empat remedi ini terdapat di kulit (ditemui sewaktu kajian dibuat). Empat remedi tersebut ialah Calcium phosporica (Cal phos), Kali sulphurica (Kali sulp), Silica (Sil) dan Natrum phosphoricum (Nat phos)yang akan digunakan sebagai remedi utama jika melibatkan hati. 

Kali sulphurica (Kali sulp) adalah remedi utama untuk detox. Kali sulp adalah mineral yang paling banyak dikesan di tisu-tisu kulit. Remedi ini amat berkesan untuk kulit yang berminyak, jerawat yang terjadi pada usia remaja, kulit bersisek, kelemumur yang berkaitan psoriasis, psoriasis, alopecia (botak) dan arthritis. Kali sulp bertindak membekal oksigen secukupnya ke kulit dan akan menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

Dos : Cara Mengambil Biochemic Detox

Biochemic boleh di dapati di dalam dua bentuk iaitu cecair atau tablet manis (seperti BC01, BC04 dan lain-lain). Paling popular dan mudah untuk diambil ialah di dalam bentuk tablet manis. 

Dos atau aturan mengambil remedi Biochemic adalah mengikut tahap penyakit yang dideritai, contohnya jika akiut (penyakit yang tiba-tiba menyerang), potensi yang tinggi, contohnya potensi 200 ke atas akan diberikan, Sebaliknya jika kronik (penyakit yang lama) potensi yang rendah akan diberikan, contohnya 6x ke atas.

4 biji di kemam 4 kali sehari, 15 minit sebelum mengambil makanan dan 15 minit lagi selepas itu jika ingin mengambil makanan, tujuannya untuk memberi laluan kepada remedi untuk meresap kedalam tubuh untuk mendapat kesan yang optimum.

4 kali bermakna sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum minum petang dan sebelum makan malam. Tablet ini juga boleh dilarutkan kedalam air panas untuk diminum. Kesemua remedi boleh diambil serentak (jika diambil serentak, hanya 2 tablet untuk setiap satu remedi) atau yang paling terbaik diselang selama 5 - 10 minit untuk setiap remedi.

Single Remedy

Biochemic secara holistik di ambil secara "single remedy" ataupun bukan remedi yang digabungkan.

Tempoh Pengambilan Remedi Detox

Empat remedi Calcium phosporica (Cal phos), Kali sulphurica (Kali sulp), Silica (Sil) dan Natrum phosphoricum (Nat phos) perlu diambil untuk tempoh sebulan.

Remedi ini boleh dipesan melalui portal PRODUK HOMEOPATHY





No comments: