Hebat Semujadi & Selamat

Showing posts with label bc03. Show all posts
Showing posts with label bc03. Show all posts

Monday, October 25, 2010

BC03 - Tonsilitis (Testimonial)




Kerap kali pesakit yang mengalami pembesaran tonsil, sama ada kanak-kanak atau dewasa pembedahan adalah jalan terakhir bagi membuang dan merawat tonsil. Tidak ada ubat yang khusus untuk mengecutkan tonsil yang membesar, hanya sekadar antibiotik.

"Kenapa la hospital tak ada ubat untuk kecutkan tonsil ?, depa hanya tau potong ja (surgeri)" rungut seorang ibu yang mempunyai anak lelaki berusia 8 tahun, tonsil anaknya sudah membesar sehingga kanak-kanak tersebut terpaksa mengangga mulutnya untuk memudahkan dia bernafas. "Insya Allah Homeopathy dan Biochemic boleh membantu, kami ada single remedy atau combination untuk tonsil" Saya memberi kenyakinan kepada ibu yang takut apabila mendengar anaknya akan di bedah untuk mengeluarkan tonsil. "Ada kes sebelum ini 4 hari dah kecut puan" saya menambah kenyakinan beliau dengan hasil yang positif dari kes-kes tonsil yang berjaya dirawat dan tidak perlu dibedah.

Fakta perubatan:

Apabila tonsil membesar dengan saiz yang amat be,sar suara kanak-kanak tersebut akan berubah, Ia di panggil suara "hot potato", bagi pengamal perubatan allopathy, ini adalah tanda tonsil tersebut perlu dibedah dan dibuang.

Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?

Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat. Dia akan mengalami :-
  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak

Kelenjar tekak akan kelihatan

  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.

Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema


Ibu tadi begitu gembira dan tidak sabar-sabar untuk mendapatkan BC03... selepas 2 minggu .. " Salam doktor, bersyukur kepada Allah , anak saya tidak perlu dibedah. Doktor yang memriksa anak saya telah mengesahkan tonsil anak saya telah kecut!!, terima kasih doktor" saya menjawab ringkas tetapi dengan perasaan yang amat gembira " Terima kasih pada Allah puan... Alhamdulilah"