Hebat Semujadi & Selamat

Friday, July 24, 2009

Tonsil - 4 hari dah nampak kesan

Bersyukur dan berterima kasih kepadaNya kerana memakbulkan doa saya supaya setiap pesakit saya sentiasa mendapat kebaikan dari remedi yang saya preskripsikan. Kita hanya berusaha tetapi Allah yang menyembuhkan. Saya sentiasa berpegang kepada konsep selepas berusaha kita berdoa pada yang Maha Esa untuk langkah selanjutnya...

Pada Ahad lepas seorang ibu telah menghubungi saya mengenai anaknya yang menghidap tonsil yang sudah membesar sehingga menghalang pernafasan anaknya yang berumur 8 tahun. Kanak-kanak tersebut sukar bernafas sehingga mulutnya sentiasa terbuka, nafas berbau dan hilang selera makan. Rasa sakit yang membakar dan akan dibedah dalam masa terdekat ini.

Ibu mana yang sanggup melihat anaknya dibedah.. komplikasinya amat tinggi sehingga boleh menyebabkan kerosakkan pada peti suara kanak-kanak tersebut, bagaimana masa depannya ?. Sebagai seorang ibu beliau berusaha untuk mencari alternatif moga-moga anaknya tidak dibedah.

Selepas mendengar penjelasan ibu tersebut saya mencadangkan supaya beliau mencuba BC03 - Tonsilitis , BioTherapy Cell Salt. Kombinasi 3 garam tisu yang telah dikaji untuk merawat Enlarged Tonsils.

ENLARGED TONSILS
Composition: CP3x, FP3x, KM3x
Indications:
Inflamed tonsils, follicular tonsillitis painful with white coating or greyish white patches on tongue or tonsils, bad breath with loss or lowered appetit
e
.


Selepas Magrib hari ini si ibu dengan nada gembira menghubungi saya memberitahu kesan positif selepas empat (4) hari yang terjadi pada anaknya.

"Mulut anak saya sudah tak ternganga dah doktor, bernafas pun katanya dah agak ok . Alhamdulilah doktor. Kawan saya pun anaknya ada tonsil dan dia minta doktor tolong pos padanya BC03 tu. Tapi anak kawan saya tu kerap batuk dan berkahak... perlu ubat (remedi) lain ke doktor"


Saya mencadangkan BC03 dan untuk batuk & kahak , kombinasi lain pula diperlukan ,

COUGH, COLD AND CATARRH
Composition: FP3x, KM3x, MP3x, NM6x, NS3x
Indications:
Indicated in acute inflammatory febrile catarrhal conditions of cough, cold, headache.


Biochemic adalah apa yang terdapat didalam tubuh kita, amat selamat untuk semua peringkat umur malah untuk ibu mengandung juga. Sebagai usaha ... mana lah tau kan kanak-kanak tadi akan sembuh 100% dan tidak perlu dibedah. Saya akan terus berdoa selepas ini.

2 comments:

azhar said...

boleh sy tahu, di mana boleh sy dptkan BCO3 tersebut?

biochemic said...

salam azhar, azhar boleh pesan terus melalui sms ke 019-309 8980 dan selepas buat bayaran saya akan pos terus ke alamat azhar, kos pos adalah percuma